Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 Disember 2017

BITCOIN BERNILAI RM261.3 JUTA LESAP


PASARAN cryptocurrency, NiceHash hari ini mengesahkan bitcoin bernilai hampir $64 juta (RM261.3) dicuri susulan godaman keselamatan dompet bitcoin miliknya.

Ketua Pemasaran NiceHash, Andrej Skraba berkata, godaman itu satu serangan “sangat profesional dengan kejuruteraan sosial yang canggih.”

Katanya, kira-kira 4,700 bitcoin bernilai $63.92 juta (RM261 juta) pada harga pasaran semasa hilang.

Syarikatnya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan tetapi enggan memberi maklumat lanjut.

Terdahulu, NiceHash yang berpangkalan di Slovenia berkata, operasinya dihentikan selama 24 jam bagi menyiasat godaman itu.

NiceHash adalah pasaran mata wang digital yang memadankan individu sanggup menjual waktu pemprosesan menerusi komputer mereka sebagai pertukaran untuk mata wang digital bitcoin.

NiceHash turut menasihati penggunanya supaya menukar kata laluan mereka sementara mereka masih mencari punca kejadian itu.

“Kami memahami anda mempunyai banyak soalan dan kami meminta kesabaran dan pemahaman ketika menjalankan siasatan bagi mengetahu punca dan penyelesaian sesuai untuk masa depan perkhidmatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI