
Sekumpulan saintis berjaya menemui sebuah kawasan gunung berapi terbesar di dunia yang tersembunyi di bawah bongkah ais Antartika dan dipercayai sangat berbahaya.
Kewujudan gunung berapi ini akan memberi kesan kepada ais Antartika sekiranya meletus pada bila-bila masa.
Daily Mail melaporkan, penyelidik dari Universiti Edinburgh menemukan hampir 100 gunung berapi, ada yang berketinggian 3,970 meter iaitu sama tinggi dengan Gunung Eiger di Switzerland.
Seorang ahli geologi, Robert Bingham berkata, seandainya gunung berapi ini meletus dari barat Antartika ke timur Afrika, ia akan menyebabkan ketidakstabilan untuk jangka masa panjang.
“Sekiranya salah satu daripada gunung berapi ini meletus, ia akan menjejaskan lagi ais di Antartika barat.
“Apa sahaja yang menyebabkan peleburan ais mungkin mempercepat aliran ais ke laut dan ini sangat berbahaya,” katanya.
Bagaimanapun para penyelidik belum dapat memastikan adakah gunung berapi ini aktif atau sebaliknya.
Sekurang-kurangnya saintis telah menemui 91 gunung berapi termasuk 47 sebelum ini.
Tambah Bingham, pihaknya sangat terkejut apabila menemui puncak gunung berapi sepanjang 3,500 kilometer dari Antartika Ross ke semenanjung Antartika.
“Kami sangat kagum dan terkejut dengan penemuan ini malah percaya masih ada lagi gunung berapi yang belum ditemui.
“Mungkin kawasan Antartika akan menjadi tumpuan gunung berapi berbanding sebelum ini seperti pergunungan Kilimanjaro, Nyiragongo dan Longonot,” ujarnya.
Aktiviti gunung berapi boleh mempunyai implikasi besar terhadap muka bumi.
Sekiranya ia meletus boleh menjejaskan kestabilan ais di rantau ini di mana pemanasan global telah memberi impak.
0 comments:
Catat Ulasan