Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

3 Ogos 2017

HATI HATI SATE ANJING BANYAK DIJUAL DI BALI


Jabatan Penternakan dan Kesihatan Haiwan (PKH) Bali menubuhkan kumpulan khas bagi menyiasat penjualan daging anjing sebagai makanan manusia.

Tindakan itu diambil susulan surat daripada Gabenor Bali, Made Mangku Pastika yang mahu penjualan daging anjing dipantau bagi mengelak penularan wabak seperti penyakit anjing gila.

BBC Indonesia melaporkan, Bali belum mempunyai peraturan secara tegas yang melarang penjualan daging anjing.

Bagaimanapun, Pengarah Biro Hubungan Masyarakat Bali, Dewa Gede Mahendra Putra memberitahu, pihak berkuasa sudah mengambil langkah lanjut berkaitan isu itu (penjualan daging anjing).

Mahendra sekali lagi menegaskan, pemantauan yang dibuat oleh PKH baru-baru ini tidak menemui daging anjing yang dijual secara terbuka.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI