Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 Julai 2017

ONG KIM SWEE SALAHKAN PENTADBIRAN LAMA?


Kegagalan pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengumpulkan kesemua 26 pemain pada latihan pusat bermula kelmarin berpunca daripada kesilapan pengurusan lama kerana tidak menganggap kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok pada 19 Julai ini sebagai penting.

Sebaliknya barisan pengurusan lama yang diketuai pengurus Datuk Rozabil Abd Rahman dan ketua jurulatih B-22 Frank Bernhardt sekadar menjadikan saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos nanti sebagai keutamaan mereka.

Jelas pengurus skuad B-22 Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, sekiranya pengurusan lama turut mengambil serius kelayakan Piala AFC B-23 sebelum ini, pastinya kemelut yang melanda skuad kendalian Kim Swee itu dapat dielakkan.

“Apa yang saya tahu, jadual ini sudah disusun lebih awal dari tahun lalu untuk membolehkan pasukan B-22 memberi fokus terhadap Sukan SEA bulan depan,” katanya semalam.

“Saya nak cakap nanti membabitkan jurulatih lalu. Mungkin jurulatih itu lebih mementingkan Sukan SEA sebagai sasaran utama dan tidak meletakkan apa-apa sasaran di kelayakan AFC.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI