Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Jun 2017

PANGSAPURI GRENFELL TOWER HANGUS TERBAKAR


Beberapa orang disahkan terbunuh dalam kejadian kebakaran di pangsapuri Grenfell Tower, London pada Rabu, kata Pesuruhjaya Bomba London, Dany Cotton.

Selain itu, pihak London Ambulance turut mengesahkan 50 yang lain sedang dirawat di hospital.

Menurut laporan BBC, kesemua tingkat bangunan terbabit terbakar dan ada kebimbangan ia akan runtuh.

Laporan kebakaran di Latimer Road, Barat London itu diterima pada kira-kira jam 12.54 tengah malam waktu tempatan.

Polis tempatan memberitahu, kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa yang terperangkap giat dijalankan, manakala mereka yang cedera digegaskan ke pusat rawatan.

Pada awalnya, ramai saksi menceritakan semula bahawa mereka melihat kerlipan cahaya dari aras tinggi bangunan menara dengan 120 unit apartmen itu, dipercayai daripada penduduk yang meminta tolong agar mereka dikenal pasti dan diselamatkan.

Pihak bomba dan penyelamat London turut mengerahkan 40 jentera pemadam api dan 200 anggotanya untuk memadamkan kebakaran yang telah merebak dari tingkat dua hingga ke aras puncak menara itu.

Punca kebakaran itu belum diketahui dan pihak berkuasa akan segera memulakan siasatan.


Enam disahkan terbunuh dalam kebakaran di Grenfell Tower, London - Polis

Polis mengesahkan sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam kebakaran besar yang melanda Grenfell Tower di London awal hari ini dan angka kematian dijangka meningkat.

Api marak menyelubungi blok pangsapuri 24 tingkat di tengah London itu dengan lebih 50 dilaporkan cedera dan beberapa penduduk terperangkap dalam kebakaran.

“Sehingga kini kami boleh mengesahkan enam kematian susulan kebakaran di North Kensington itu,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Metropolitan London.

“Ini hanya laporan awal dan angka (korban) dijangka akan meningkat.”
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI