
KEDAH : Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui dalam kawasan semak di tepi sungai di Jalan Lana Bulu, Kampung Golok Puting, Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, petang tadi.
Ketua Polis daerah Kubang Pasu, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 3.40 petang sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Ketika ditemui, mayat mangsa yang masih belum dikenalpasti identiti dan kewarganegaraan itu berpakaian lengkap tanpa memakai kasut.
Hasil pemeriksaan awal, mayat mangsa telah berbau dan berulat dan dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.
Mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an.
0 comments:
Catat Ulasan