NEW YORK: Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang memandu keretanya merempuh pejalan kaki di Times Square, didakwa membunuh dengan niat dan cubaan membunuh, kata polis hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang wanita terbunuh manakala 22 lagi cedera. Kejadian semalam mencetuskan kebimbangan di bandar raya kewangan AS itu selepas kes sama di London, Berlin dan Nice tetapi pihak berkuasa berkata tiada bukti kemalangan itu berkaitan keganasan.
Richard Rojas, 26, dari Bronx, ditahan di lokasi kejadian dan didakwa membunuh tanpa niat, 20 dakwaan cubaan membunuh dan lima dakwaan cubaan membunuh menggunakan kenderaan, kata polis.
Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Alyssa Elsman, 18, dari Portage, Michigan. Adiknya yang berusia 13 tahun antara yang cedera manakala empat lagi kritikal, kata pegawai.
Rojas pernah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2008 dan 2015, dan ditahan awal bulan ini atas dakwaan melakukan ancaman, kata polis...

Lelaki rempuh pejalan kaki di Times Square akui pernah cuba dapatkan bantuan
Bekas anggota tentera laut Amerika Syarikat yang didakwa membunuh seorang wanita muda dan mencederakan 20 yang lain selepas merempuh laluan pejalan kaki Times Square baru-baru ini, memberitahu media dia pernah cuba mendapatkan rawatan psikiatri.
"Saya mahu dapatkan bantuan. Saya mahu ubah hidup saya. Ada kerja, ada teman wanita," kata Richard Rojas, 26, seperti yang diberitahu kepada New York Post dalam satu temuramah di penjara, dua hari selepas kejadian.
Pada Khamis, Rojas memandu kereta Honda miliknya dan merempuh kawasan Seventh Avenue yang dipenuhi pejalan kaki. Dia ditangkap selepas cuma melarikan diri dengan keluar dari keretanya.
Dia didakwa dengan tuduhan membunuh peringkat kedua, membunuh menggunakan kenderaan dan beberapa lagi tuduhan cubaan membunuh.
Rojas memberitahu dia tidak mengingati insiden rempuhan itu.
"Saya beli sandwich untuk dimakan bersama ibu saya, dan kemudian saya mahu tenangkan fikiran.
"Perkara terakhir yang saya ingat ialah memandu. Apabila saya sedar kembali saya sudah berada di balai polis. Ia menakutkan," kata Rojas.
Sumber polis memberitahu Reuters yang Rojas dipercayai berada di bawah pengaruh bahan yang mengkhayalkan, manakala ABC News pula melaporkan dia mungkin mengambil ganja.
Rekod menunjukkan Rojas mempunyai banyak rekod jenayah, dan pernah empat kali ditahan. Antara kesalahannya ialah dua kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, dan paling terbaharu minggu, mengugut seorang lelaki menggunakan pisau di luar apartmen miliknya di Bronx.
Ketika masih berkhidmat dengan tentera laut, Rojas pernah dipenjara selama dua bulan, namun tidak diketahui atas sebab apa.
Rakan Rojas yang ditemuramah Reuters memberitahu lelaki itu mempunyai masalah minum berlebihan, selain masalah peribadi yang lain selepas menamatkan perkhidmatan dengan tentera laut, namun tidak cuba untuk meminta bantuan.









0 comments:
Catat Ulasan