
Wanita yang dijadikan tebusan dengan diacukan senjata tajam dipercayai pisau di Jalan Kolam, Luyang, diselamatkan dan suspek berjaya ditahan kira-kira 9.40 malam ini.
Wanita itu dijadikan tebusan oleh lelaki yang memecah masuk rumahnya.
Akibat kejadian itu, polis menutup sebahagian Jalan Damai-Luyang sejak 9 malam susulan kejadian pada 7.45 malam itu.
Anggota polis dan bomba berusaha memujuk lelaki itu supaya melepaskan wanita terbabit.
Terdahulu, sumber berkata, ketika kejadian suspek dikatakan memecah masuk rumah keluarga mangsa. "Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehadiran suspek kemudian menghubungi pihak polis. "Tidak lama selepas itu sepasukan polis tiba menyebabkan suspek bertindak agresif dan menjadikan mangsa sebagai tebusan," katanya.
UPDATE!!
Seorang wanita berusia 20an berjaya diselamatkan polis selepas dijadikan tebusan lebih dua jam oleh seorang penjenayah di Jalan Damai, Kota Kinabalu, malam tadi. Wanita itu diselamatkan polis kira-kira jam 9.35 malam, selepas dibawa lari oleh suspek pada jam 7.45 malam dari rumahnya di Taman Istimewa, Luyang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rahman, berkata sebelum kejadian suspek berusia 27 tahun dipercayai masuk ke sebuah rumah di taman itu untuk merompak.
Bagaimanapun, selepas polis mendapat maklumat mengenai rompakan itu, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum terserempak dengan suspek yang kemudian cuba melarikan diri.
Dalam keadaan terdesak, suspek yang dipercayai warga asing itu kemudian menarik seorang wanita yang juga jiran rumah dirompaknya yang kebetulan berada di luar rumah ketika itu, sebelum melarikan diri bersama wanita itu.
Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke Jalan Damai sejauh kira-kira 1.5 kilometer dengan mengacu sebilah pisau 15 sentimeter di leher mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1968 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Mangsa berjaya diselamatkan selepas rundingan lebih sejam dengan suspek.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Mangsa pula dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2) untuk rawatan lanjut.








0 comments:
Catat Ulasan