Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 Mei 2017

PELUMBA SUPERBIKE DUNIA NICKY HAYDEN MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL


PELUMBA Honda World Superbike Team, Nicky Hayden meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital hari ini, selepas dilanggar kereta dalam kemalangan di Itali, Rabu lalu.

Hayden, 36, yang juga juara MotoGP 2006, mengalami kecederaan di dada dan kepala akibat kemalangan itu yang berlaku ketika dia menunggang basikal dalam latihan di Rimini, Itali.

Gambar kemalangan yang diterbitkan media tempatan menunjukkan kerosakan teruk pada cermin hadapan kereta terbabit dan basikalnya.

Hayden yang dikenali sebagai ‘The Kentucky Kid’ mewakili pasukan MotoGP Honda dari 2003 hihgga 2015 sebelum ke Kejohanan World Superbike bagi musim 2016.

Hayden menang tiga grand prix dalam MotoGP pada 2005-2006 namun berjaya merampas kejuaraan dunia musim itu selepas pertarungan hangat dengan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Kematiannya hampir tepat sebulan selepas pelumba profesional, Michel Scarponi meninggal dunia akibat dirempuh van ketika menjalani latihan berhampiran rumahnya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI