Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Mei 2017

KES AMUK ORANG SAKIT MENTAL DI CHINA MEMBIMBANGKAN


CHINA : Seorang lelaki bersenjatakan pisau disyaki pesakit mental membunuh dua orang dan mencederakan 18 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

Jenayah keganasan jarang berlaku di China berbanding negara lain, namun terdapat peningkatan siri serangan pisau dan kapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mensasarkan kanak-kanak.

Seramai 20 orang dibawa ke hospital selepas serangan pada Ahad di wilayah Guizhou manakala dua maut.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mangsa tidak diketahui. Penyerang berusia 30 tahun kini ditahan polis dan kes itu sedang disiasat.

Sementara itu, Xinhua memetik bapa suspek sebagai berkata, anaknya mempunyai sejarah penyakit mental.

Januari lalu, seorang lelaki mencederakan 11 kanak-kanak dengan pisau di tadika di wilayah Guangxi manakala 7 kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki bersenjata pisau.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI