Seorang pemuda berasal dari Riau, Indonesia mendapat jolokan sebagai Raja Ular kerana keberanian dan kebolehan menjinakkan ular tedung atau dikenali sebagai King Cobra.
Ice Habibi, 22, merupakan penduduk Desa Mentulik, Kabupaten, Kampar, Riau didakwa penduduk tempatan negara itu sebagai seorang pemuda yang lali atau kebal dengan bisa reptilia berbisa itu.
Habibi difahamkan mampu menjinak dan menangkap raja segala ular itu dengan hanya menggunakan tangan kosong sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan