Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 April 2017

TAK GARANG!! FAM TUKAR BALIK JENAMA HARIMAU MALAYSIA KEPADA HARIMAU MALAYA


Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan gelaran 'Harimau Malaya' sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran nama tersebut adalah atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku presiden FAM.

"Penukaran nama tersebut selaras dengan permintaan ramai penyokong yang mahukan nama itu digunakan kembali berdasarkan sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan di zaman kegemilangan bola sepak.

"Oleh demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuat kuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

"Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka panjang," katanya dalam satu entri di laman Facebook FAM, hari ini.

Sebelum ini, bekas Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan penukaran gelaran Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia sebagai nafas baharu, selain sebagai kesinambungan secara menyeluruh kepada skuad kebangsaan.


Sementara itu, seramai 20 kakitangan pentadbiran dan teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditamatkan perkhidmatan hari ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ia bertujuan memastikan badan induk bola sepak negara itu menjaga dan mengawal kewangan serta membolehkan perjalanan organisasi berkenaan mencapai sasaran yang dituju.
"Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan Exco telah bersetuju untuk menyusun semula struktur organisasi FAM.

"Mereka (kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan) telah dimaklumkan pada hari ini beserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15 April ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI