Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 April 2017

INGATKAN SEDANG TIDUR


Seorang lelaki ditemui terbaring tidak bernyawa di tempat penonton di Padang Ragbi Song Kheng Hai, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, lelaki yang dikenali sebagai Boon Voon Sing, 51, ditemui mati bersama beberapa pil vitamin dan ubat di sisinya.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui tukang sapu sampah di kawasan itu yang menyangka dia tidur.

Namun sebaik mendekati lelaki terbabit, tukang sapu berusia 40-an itu terkejut apabila mendapati mangsa meninggal dunia sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, hasil siasatan pasukan forensik mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh lelaki terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat. Tiada unsur jenayah berhubung kematian, malah dokumen peribadi berada padanya ketika pemeriksaan,” katanya, semalam.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI