Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

17 Mac 2017

TIADA MAAF DAN TERUS KE TALI GANTUNG!!


Bekas peguam N Pathmanabhan bersama dua lagi pekerja ladang akhirnya ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan mereka bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga pembantunya tujuh tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Hakim Zakaria sebulat suara menolak rayuan Pathmanabhan, 46, dan pekerjanya Thilaiyalagan, 24, dan R Kathavarayan, 36, yang telah disabitkan bersalah dan mengekalkan sabitan yang dibuat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.

Panel yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim bagaimanapun melepas dan membebaskan tertuduh ketiga iaitu R. Matan, 25, daripada sabitan dan hukuman kerana kekurangan bukti.

Pada 23 Mei 2013 mereka dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas disabitkan bersalah membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pada 4 Disember 2015, Pathmanabhan, Matan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan kalah dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting pada 30 Ogos 2010.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, bertindak bagi pihak pendakwaan.

Peguam Manjeet Singh Dhillon mewakali Pathmanabhan; peguam T. Vijayandran bagi Kathavarayan, manakala peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Matan; selain peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Gurbachan Singh mewakili Thilaiyalagan.

Keluarga bersyukur doa dimakbulkan

“Patut pun dalam minggu ini, perasaan rindu teramat sangat terhadap arwah Kak Wati (Sosilawati) menebal dalam hati, hari-hari saya teringatkan dia,” kata Rosnani Lawiya, 52, adik kepada jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati yang mati dibunuh dengan kejam tujuh tahun lalu.

Rosnani, adik paling rapat dengan arwah berkata, mereka sekeluarga berpuas hati setelah pembunuh kakak kesayangannya itu, menerima  pembalasan sewajarnya.

Katanya, mereka juga bersyukur kerana doa untuk mengetahui pembunuh sebenar arwah akhirnya dimakbulkan.

“Setelah mengetahui pembunuh Kak Wati terima hukuman gantung sampai mati, kami bercadang mengadakan kenduri kesyukuran.

“Dan jika anak-anak arwah setuju, kami di kampung asal arwah ingin kebumikan apa yang tinggal termasuk gigi arwah di sini, kerana ibu arwah masih hidup dan menetap di sini,” katanya di rumahnya di Kampung Seri Menanti, Sri Medan, semalam.

Rosnani berkata, dia dan arwah bagaikan isi dengan kuku kerana sentiasa bersama dari kecil sehinggalah masing masing berumah tangga, hubungan itu tidak pernah lekang.

Menurutnya, sejak kakak kesayangannya hilang, keadaan kesihatan ibu mereka semakin teruk, kerap termenung dan kini hilang ingatan.

“Kali terakhir saya dapat bercakap dengan Kak Wati ialah beberapa jam sebelum dia pergi menemui pembunuhnya, peguam, N Patmanabhan.

“Kira kira sejam setengah juga saya berbual dengan arwah melalui telefon, dan arwah beritahu ingin mengambil duitnya daripada Patmanabhan.

“Memang sah mereka pelakunya. Sejak 2010 hingga sekarang, memang saya berdoa ALLAH SWT menghukum pelakunya sama seperti mereka membunuh kakak saya.

“Keluarga sudah lama reda dengan kematian Kak Wati dan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan hukuman gantung sampai mati ke atas mereka terbabit, memang tepat,” katanya.

Sementara itu, suami Rosnani, Misjan Jamikun, 55, berkata, sejak kejadian, bahunya ibarat menanggung beban amanah dan tanggungjawab untuk keadilan Allahyarham.

"Malah semalam (kelmarin), anak arwah meminta keluarga mendoakan supaya kemenangan berpihak kepada ibu mereka menerusi WhatApps," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI