FILIPINA : Beberapa keping gambar yang menunjukkan beratus-ratus tahanan di penjara Cebu mencetuskan pelbagai kecaman, tidak kurang melahirkan rasa marah kepada pihak penjara berkenaan.
Memetik laporan AFP, banduan ini telah dikejutkan pada awal-awal pagi untuk sesi saringan apabila didapati berlaku penyeludupan bahan terlarang ke penjara.
Kesemua banduan ini diarah menanggalkan pakaian dan duduk di lantai di hadapan penjara.
Kempen membenteras najis dadah ini diketuai Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.
Dalam kempen tersebut, metamfetamin dan daun ganja, selain pisau dan telefon bimbit telah dijumpai.
Namun, gambar yang diedarkan oleh Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina dan polis daerah itu menaikkan kemarahan orang ramai apabila cara ini dilihat telah menjatuhkan maruah tahanan.
Gambar-gambar bogel tahanan ini sudah menular di laman-laman sosial yang akhirnya mendapat kumpulan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan.
"Insiden ini kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah tahanan," kata Amnesty International dalam satu kenyataan.
Mengikut piawaian Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang Filipina, adalah menjadi kewajipan pihak berkuasa untuk memastikan tahanan tidak dikenakan seksaan atau layanan buruk.
Human Rights Watch berkata piawaian antarabangsa melarang menceroboh privasi banduan.
Warden penjara sebelum ini sudah dipecat kerana tidak peka hingga barangan terlarang seperti itu bebas dimiliki oleh banduan.
0 comments:
Catat Ulasan