Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Mac 2017

ROHINGYA DITEMUI MAUT AKIBAT PERGADUHAN SESAMA SENDIRI


Lelaki etnik Rohingya ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang badan serta kecederaan di kepala di rumah di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Marang, semalam.

Mayat mangsa berusia 35 tahun dan memiliki kad UNHCR ditemui jirannya yang datang membuat pemeriksaan selepas mendengar bunyi pergaduhan pada 11.50 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan awal mendapati suspek dibunuh secara berkumpulan menggunakan senjata seperti pisau, tukul besi, parang, mesin gerudi dan pengisar serta tiga buah topi keledar yang turut mempunyai kesan darah.

"Siasatan mendapati suspekterbabit dalam aktiviti penjualan barang lusuh dan menggunakan rumah berkenaan yang disewa sejak dua bulan lalu untuk menyimpan barang-barang lusuh yang diperoleh atau dikutip sebelum dijual kepada pembeli di Kuala Terengganu.

"Motif kejadian masih dalam siasatan namun kita tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau cemburu," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, pihaknya sedang memburu tiga lelaki etnik Rohingya termasuk suspek utama dikenali sebagai Qori berusia 30 tahun dan dua lagi adik beradiknya

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI