Seorang wanita berusia 32 tahun nyaris maut apabila terperangkap dalam banjir lumpur yang melanda di Punta Hermosa, Peru petang kelmarin.
Evangelina Chamorro Diaz berkata dia menyelamatkan diri dengan berpaut pada batang pokok untuk mengeluarkan dirinya daripada dihanyut arus deras banjir lumpur.
Agensi media tempatan melaporkan wanita itu kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Banjir lumpur itu berlaku di Punta Hermosa, kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar Peru, Lima. Difahamkan, hujan lebat dan cuaca panas melanda Peru sejak sebulan lalu.
LINK VIDEO : KLIK SINI
0 comments:
Catat Ulasan