Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Mac 2017

LELAKI SIMBAH PETROL DAN BAKAR GELANDANGAN SEDANG TIDUR


Seorang lelaki mengaku bersalah atas kesalahan membunuh seorang gelandangan kerana perasaan cemburunya yang menyangka mangsa cuba menggoda isterinya.

Giuseppe Pecoraro, seorang pekerja pam minyak mengaku menyimbah petrol kepada mangsa, Marcello Cimino dan menyalakan api mendakwa diberikan misi oleh sami di Palermo, Sicily.

Sebuah rakaman video melihatkan Pecoraro mencurah satu baldi petrol ke atas Cimino ketika dia sedang tidur, beliau dilaporkan meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan tiba.

Seterusnya, Pecoraro ditangkap kurang 24 jam selepas kejadian pada mulanya mengaku tidak bersalah sebelum menukar pengakuannya kepada membunuh.

Mayor Palermo, Leoluca Orlando menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai tindakan yang tidak bertamadun serta akan menurunkan bendera separuh tiang.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI