Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Mac 2017

CIKGU TUISYEN PUAKA!


Seorang kakak kepada murid tahun satu di sini, terkejut mendapati adiknya yang diajak menetap bersama seorang guru bagi tujuan mendidik, didakwa telah mendera kanak-kanak tersebut.

Kakak mangsa, Lim Poh Shan, 23, berkata, adiknya Lim Wee, 7, dipelawa tinggal bersama guru yang dikenali sebagai Miss Wong di Taman Perling, di sini, sejak dua minggu lalu, didapati melecur di kedua-dua punggungnya.

“Saya didatangi sepasang suami isteri yang juga jiran kepada guru terbabit di tempat kerja semalam (26 Mac) pada jam 5 petang, memaklumkan adik saya melarikan diri dari rumah guru tersebut dan bersembunyi di rumah sebelah.

“Saya segera ke lokasi untuk menemui adik dan mendapati seluarnya ada kesan darah. Apabila saya buka seluar dia, nampak kesan lecur di punggungnya.

“Adik saya beritahu guru berkenaan telah merotannya empat kali dan melecurkan punggungnya dengan cawan plastik, kaca dan periuk kecil yang direndam dalam air didih dengan tujuan menghilangkan kesan rotan yang dilakukannya di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah,” katanya dalam satu laporan polis di sini, semalam.

Poh Shan yang merupakan seorang peniaga turut mendakwa, guru terbabit juga gagal memberi makan dan membiarkan adiknya kelaparan sepanjang dua minggu murid berkenaan menetap di rumahnya.

“Adik saya tinggal bersama Miss Wong selama dua minggu atas permintaannya sendiri  bagi tujuan mendidik  kerana  dikatakan nakal.

“Saya tak sangka adik akan diperlakukan sebegini. Saya telah bawa dia ke hospital untuk rawatan dan disahkan mengalami melecur tahap dua,” katanya yang menuntut pembelaan atas insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad  mengesahkan menerima laporan kes tersebut.

“Polis akan menyiasat kes ini bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Setakat ini polis telah membuat satu tangkapan ke atas seorang lelaki bagi membantu siasatan,” katanya berkaitan kes itu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI