Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 Februari 2017

NETIZEN SUKA BUAT DOSA KERING!


Sejak semalam, tersebar di laman sosial gambar seorang lelaki memakai uniform Petronas, yang didakwa menggunakan alasan memeriksa gas dari rumah ke rumah untuk merompak

Gambar lelaki itu mendapat ribuan perkongsian di laman Facebook selain turut tular menerusi aplikasi WhatApps.

Lelaki tersebut yang terkejut apabila mengetahui gambarnya menjadi viral lantas, membuat laporan polis menafikan dakwaan tersebut.

Sebaliknya, lelaki tersebut Muhd Diya Zulkanain, 41, menjelaskan tugasnya pergi rumah ke rumah adalah bagi mempromosikan kepala gas dari syarikat UGS Network Service Sdn. Bhd. dan bukan untuk merompak.

Menurutnya, gambar yang menjadi viral itu dirakam oleh seorang penghuni lelaki ketika dia bertugas bersama rakannya di kawasan Taman Indah Jaya Batu 4, Sandakan, Sabah.

Selain membuat laporan polis, Muhd Diya turut mempamerkan lesen jualan langsung yang dimiliki syarikatnya.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI