Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 Februari 2017

KES RAGUT PELANCONG CEMAR NAMA PULAU LANGKAWI


LANGKAWI : Polis sedang memburu lelaki dipercayai terbabit dalam kes ragut pelancong suami isteri warga Mesir di Jalan Bukit Malut.

Suspek yang dikenal pasti itu dipercayai masih berada di pulau ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Adel Hamed Helmy Abdelmagid, 25, dan isterinya yang belum dikenali sedang menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr Che Ghazali Che Awang, berkata, pasangan terbabit didatangi seorang lelaki yang meragut beg silang milik isteri Adel Hamed Helmy sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

"Berikutan itu, mangsa lelaki (Adel Hamed Helmy) mengejar suspek dan berlaku pergelutan menyebabkan suspek melarikan diri dan meninggalkan motosikal bersama satu beg kecil yang mengandungi dokumen peribadi.

"Akibat pergelutan itu, mangsa lelaki turut mengalami kecederaan di tangan selain pasangan itu masing-masing kehilangan pasport dan lesen memandu milik mangsa wanita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Che Ghazali berkata, mangsa sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi di sini, petang ini, dan polis sudah merakam kenyataannya dan beberapa saksi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI