Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Februari 2017

BUMBUNG KERANGKA BESI JATUH HEMPAP BURUH BINAAN DI PETALING JAYA


Seorang buruh binaan maut selepas terjatuh dari bumbung bangunan dan dihempap struktur besi di Blok B, One Damansara Jalan Dataran Sri Damansara 2, di sini, 11 pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, sepasukan anggota bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi bagi khidmat khas kemalangan industri terbabit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi pada 11.19 pagi, anggota mendapati lelaki berusia 26 tahun terjatuh dari bumbung bangunan dan dihempap struktur besi.

“Anggota berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan bantuan beg udara.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Selayang dan kes diserahkan pada polis untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI