Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 Februari 2017

APA MOTIF BELA ANAK BUAYA BELAKANG RUMAH?


SELANGOR : Seekor anak buaya dirampas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor daripada seorang lelaki yang memelihara haiwan itu di rumahnya di Kancong Darat, Banting, Isnin lalu.

Pengarah PERHILITAN Selangor Abd Rahim Othman berkata, anak buaya sepanjang kira-kira semeter itu dikurung dalam sangkar dan diletakkan di belakang rumahnya.

Beliau berkata, hasil siasatan lelaki itu didapati tidak mempunyai permit untuk memeliharanya dan didapati membelanya sejak sebulan lalu.

"Anak buaya itu sudah dirampas dan siasatan masih dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya di sini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan dilindungi tanpa lesen.

Katanya, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM100,000.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI