Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Januari 2017

SERAH DIRI SEGERA!!


Polis minta semua individu yang terbabit memanjat mercu tanda 'IPOH' perlu serah diri segera ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung tindakan berbahaya yang mereka lakukan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), tengah malam tadi berhubung kejadian berkenaan.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, polis kini sedang mengenal pasti dan mengesan kesemua individu yang terbabit memanjat struktur binaan berkenaan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit diharap dapat menghubungi pihak polis.

"Individu yang berkenaan juga diminta tampil bagi membantu siasatan dan pihaknya yakin dapat mengesan seorang daripada individu itu yang memuatnaik gambar serta video perbuatan mereka itu di laman sosial hingga menjadi viral," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI