Ibu dan anak dibunuh dengan dicekik sebelum mayat mereka disumbat dalam guni dan dibenam di dalam lumpur di kawasan bekas lombong bijih timah, di Desa Rebo, di sini.
Mayat mereka ditemui semalam selepas dipercayai dibunuh dua hari sebelum itu. Mangsa dikenal pasti sebagai Imelda (32) dan anak perempuannya, Aura berusia lingkungan 6 tahun.
Suspek yang membunuh dua beranak itu sudah ditahan dan berasal dari daerah sama.
Difahamkan, suspek menculik dua beranak itu dan meminta sejumlah wang tebusan sebelum membunuh mereka.
Usaha mengesan mayat mereka sedikit sukar kerana dibenam dalam lumpur secara berasingan, namun polis berjaya menemukannya sebelum mayat dibawa ke hospital Sungailiat.
0 comments:
Catat Ulasan