Sememangnya Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan dan minuman. Lebih menarik, nama makanan dan minuman di negara ini juga unik.
Namun bagi seorang pemain dota profesional dari Amerika Syarikat, Arif Anwar, perkara tersebut agak luar biasa baginya apatah lagi selepas satu pengalaman yang dilaluinya, baru-baru ini.
Arif yang berkunjung ke Malaysia untuk sambutan tahun baru, terkejut apabila pesanan 'sky juice', yang disangkanya sejenis minuman yang eksotik, rupanya hanya air kosong.
Arif kemudiannya membawa rasa terkejutnya itu ke akaun Twitter menerusi satu status.
Melalui komen dan balasan yang diterima, netizen, terutamanya dari Malaysia, menasihatkannya agar bertenang dan perkara itu hanya sebahagian daripada istilah tempatan yang digunakan penduduk di negara ini.
'Sky juice', dalam kalangan masyarakat Barat, merupakan sejenis minuman campuran air kelapa dan susu dengan beberapa jenis alkohol.
Namun bagi masyarakat di negara ini, nama berkenaan digunakan sebagai istilah tempatan atau colloquial term yang merujuk kepada air kosong atau air masak.
0 comments:
Catat Ulasan