Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Januari 2017

BAYI 20 BULAN HILANG DALAM RUMAH DIJUMPAI MATI LEMAS DALAM BAH DI PEKAN


Bayi 20 bulan ditemui lemas dipercayai terjatuh dalam air banjir berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini.

Bayi berkenaan, Siti Nurdarwisyah Abdul Rahman ditemui tersangkut di celah pokok dalam air sedalam satu meter, pada 7.22 petang, Sabtu, 28 Januari.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek, berkata bapa tiri bayi itu, Muhammad Firdaus Sazali, 24, menyedari anaknya tidak berada di dalam rumah ketika azan Maghrib berkumandang.

Menurutnya, Muhammad Firdaus kemudiannya meminta bantuan jiran untuk mencari.

"Jirannya kemudian yang menemui bayi itu tersangkut di celah pokok di dalam air bah. Mereka kemudian menghantar bayi itu ke Hospital Pekan untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Bagaimanapun, katanya, bayi berkenaan yang juga mangsa pertama banjir di Pahang, disahkan meninggal dunia hospital berkenaan, pada 9.17 malam tadi.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI