Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 Disember 2016

NAK BAKAR PATUNG, TAK TERSENGAJA BAKAR DIRI SENDIRI


Seorang lelaki kini bertarung nyawa apabila secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri ketika cuba membakar patung ketika tunjuk perasaan membantah kerajaan.

Sukhminder Singh Mann menyertai tunjuk perasaan untuk membantah kontrak guru di Bathinda, India.

Malangnya petrol yang disimbah turut terkena pada baju serta seluar jean dipakainya menyebabkan dia turut disambar api ketika cuba menyalakan patung berkenaan yang digunakan untuk menggambarkan kerajaan Punjab.

Panik dengan keadaan itu, Sukhminder mula meraung menyebabkan orang ramai bergegas cuba memadamkan kebakaran sebelum mengejarkannya ke hospital.

Peserta tunjuk perasaan itu mendakwa kerajaan Punjab gagal melaksanakan janji untuk menyerap mereka ke jawatan tetap selepas menamatkan kontrak dua tahun dengan kerajaan negeri.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI