Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

20 Disember 2016

KEGANASAN RUSIA DAN SEKUTUNYA TERHADAP SYRIA UNDANG PADAH APABILA DUTANYA MAUT DITEMBAK KETIKA BERUCAP


Duta Rusia ke Turki, Andrey Karlov disahkan mati selepas ditembak beberapa kali di bahagian belakang badan oleh suspek yang tidak dikenali.

Menerusi video yang disiarkan oleh agensi berita antarabangsa, Karlov ditembak tatkala beliau baru sahaja mahu menyampaikan ucapan perasmian pameran fotografi di sini.

Dalam video yang berdurasi 0:51 saat itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian kemas datang dari arah belakang Karlov, lantas terus menembaknya, dalam pada itu suasana disitu menjadi agak kelam kabut, kedengaran suara orang menjerit meminta pertolongan.

Sementara itu, menurut saksi yang berada ditempat kejadian berkata, selepas menembak Karlov, suspek bercakap mengenai situasi yang berlaku di Aleppo, Syria.

"Dia berkata, dia akan terus berjuang dan tidak akan meninggalkan lokasi insiden itu hidup-hidup," kata saksi itu yang enggan dikenali.

Selepas insiden itu, keadaan disitu, menjadi makin tegang apabila insiden tembak menembak berlaku antara suspek dan juga pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, memetik laporan media Turki melaporkan bahawa suspek mati, selepas ditembak oleh pasukan keselamatan.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI