Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Disember 2016

BETULKAH BR1M ITU RASUAH?


Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wujud unsur rasuah apabila pemimpin yang terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik, kata Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ezam berkata pada awalnya perancangan asal BR1M dari Bank Negara mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial, namun ia disalahgunakan oleh pihak yang mahu mengekalkan kuasa.

"Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru-baru ini Presiden UMNO  umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir diberikan melalui UMNO bahagian.

"Disini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sebagai parti yang mahu meraih undi. Memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hujah beliau lagi pemberian BR1M menerusi parti politik dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan.

"Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan.Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja.

"Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?" soal beliau.

Katanya, program BR1M merupakan satu dasar baik yang disalahgunakan oleh pemimpin yang terdesak dan mahu terus kekal berkuasa dengan apa cara seklipun.

Mohamad Ezam juga menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa terdapat unsur rasuah didalam BR1M mempunyai asas.

Petikan Dari Astro Awani
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI