Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 November 2016

TUNANG BRENGSET DAH KENA REMAN


Seorang lelaki yang memukul tunangnya sehingga patah tulang pipi dan mengalami pendarahan dalam mata ditahan polis.
Lelaki berusia 26 tahun terbabit ditahan di sebuah kediaman di Petaling Jaya, jam 12.30 tengah hari.
Menurut sumber, siasatan mendapati suspek bertindak ganas terhadap mangsa selepas berlaku perselisihan ketika mereka berbincang di hadapan rumah tunangnya, di SS20 Damansara Kim, di sini, Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah malam, Isnin lalu, mangsa yang juga seorang jururawat mengalami pendarahan dalam mata dan patah tulang pipi selepas dibelasah tunangnya.
Kejadian turut menjadi viral di laman sosial apabila gambar mangsa dalam keadaan matanya bengkak teruk tersebar bersama laporan polis dibuat mengenai tindakan ganas tunangnya itu.
Katanya, perselisihan itu berlaku apabila mangsa berusia 24 tahun memaklumkan dia mahu mengikuti rombongan bersama rakan sekerjanya ke Janda Baik, Pahang.
"Bagaimanapun, suspek tidak membenarkan tunangnya mengikuti rombongan itu, namun mangsa tidak menuruti kemahuan lelaki terbabit.
"Akibat gagal mengawal emosi, suspek bertindak menampar mangsa di bahagian bibir kiri, menumbuk mata kanan serta mencucuk paha wanita itu menggunakan kunci motosikal," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan lelaki terbabit.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI