
KEDAH : “Saya tercampak ke atas but hadapan sebelum berguling sehingga ke bumbung teksi. Ketika itu saya hanya menyebut Allahuakbar sebanyak dua kali,” kata Muriati Koromoh, 58, wanita yang menjadi perhatian di alam siber selepas kisahnya tercampak dan terduduk di atas bumbung teksi sejurus terbabit kemalangan di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), semalam, ‘viral’.
Ketika ditemui wartawan, dia bersyukur berikutan tidak mengalami kecederaan serius. Menurutnya, dia menyedari kisah kemalangan membabitkan dirinya menjadi perbualan hangat di alam siber selepas adiknya menunjukkan gambar dia berada di atas bumbung teksi berkenaan tersebar di Internet.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku pada 2 petang ketika dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Tiram ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk ke rumah adiknya.
"Walaupun masih trauma, saya bersyukur kerana selamat dan menganggap segala yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan