PERANCIS: Seorang lelaki Perancis bertindak memecahkan sebilangan besar iPhone, iPad dan MacBook menggunakan bebola besi di Apple Store di sini, semalam.
Tindakan lelaki berusia lingkungan 30-an itu dirakam orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Meskipun terdapat ramai orang yang meminta dia menghentikan perbuatan itu, dia menjerit dengan menyatakan: “Apple adalah sebuah syarikat yang ‘melanggar’ hak-hak pengguna Eropah. Mereka enggan membayar balik kepada saya dan saya meminta mereka pulangkan wang saya semula.
“Mereka (Apple) berkata, tidak. Jadi, anda tahu apa yang berlaku? Inilah yang sedang berlaku!,” katanya sebelum memecah satu lagi iPhone.
Selepas beberapa minit episod merosakkan produk keluaran syarikat gergasi itu, lelaki itu didatangi seorang pengawal keselamatan sebelum ditahan polis. Kerosakan itu dianggarkan mencecah ribuan Euro.
0 comments:
Catat Ulasan