Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Oktober 2016

PUTRAJAYA PALING RAMAI ORANG GEMUK?


Masalah kegemukan di negara ini semakin membimbangkan apabila hampir 9.9 juta rakyat Malaysia didapati gemuk. Lebih menakutkan hampir satu juta daripada angka itu merupakan remaja serta kanak-kanak.

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah berat badan berlebihan, manakala 3.3 juta orang lagi disahkan obes.

Tinjauan itu turut mendedahkan kira-kira satu juta kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah turut mengalami masalah obesiti.

Kaum India paling ramai yang disahkan dihimpit masalah ke­gemukan iaitu kira-kira 27.1 peratus, Melayu (21.1 peratus), lain-lain bumiputera (18 peratus), Cina (11.7) lain-lain kaum (7.7 peratus).

Kajian NHMS yang dilakukan setiap empat tahun itu juga mendedahkan Putrajaya yang majoriti penduduknya merupakan kakitangan kerajaan menjadi lokasi paling ramai orang gemuk (dikira melalui peratusan penduduk) diikuti Melaka, Perlis dan Ne­geri Sembilan.

Pensyarah Kanan Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Putra Malaysia, Dr. Zulfitri Azuan Mat Daud berkata, obesiti merupakan ibu segala penyakit kerana masalah kegemukan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI