
Seorang bayi perempuan mungkin boleh menyambut dua hari jadi setiap tahun kerana ‘dilahirkan’ dua kali.
Lynlee Boemer dikeluarkan dari perut ibunya ketika janinnya berusia 16 minggu selepas doktor mengesan ketumbuhan di bahagian hujung tulang belakangnya ketika ibunya, Margaret, melalui imbasan ultrabunyi.
Margaret berkata, doktor membuat pembedahan untuk mengeluarkan Lynlee yang ketika itu cuma seberat 0.54 kilogram dalam proses yang mengambil masa lima jam.
Degupan jantungnya diperlahankan dan dia dipantau sepenuhnya sepanjang pembedahan untuk membuang ketumbuhan berkenaan.
Sebaik proses itu selesai, Lynlee dimasukkan semula ke dalam rahim ibunya dan Margaret diarahkan berehat sepenuhnya sehingga bayi itu akhirnya dilahirkan semula, 12 minggu kemudian.








0 comments:
Catat Ulasan