Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

7 Oktober 2016

AZIZAN OSMAN DAKWA DIA DIPERDAYA INDIVIDU TERTENTU


SELEPAS kecoh isu ijazah kedoktorannya yang dikatakan tidak wujud dan tidak sah, pakar motivasi dan penceramah Azizan Osman akhirnya memberi reaksi balas.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Kumpulan Richworks, pihak syarikat telahpun membuat laporan polis berkenaan isu ijazah kehormat dari Universiti Malaya itu.

Ini kerana, dakwanya, ada kemungkinan pihak mereka telah diperdaya oleh individu-individu tertentu yang tidak mewakili universiti berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Azizan merupakan pemegang ijazah Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat yang diperoleh pada tahun 2009.

Dia juga dijangka menamatkan pelajaran dan memenuhi semua syarat untuk dianugerahkan Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.

Majlis konvokesyen dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.

Berhubung isu ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia, kenyataan itu menyebut, ia adalah berpunca daripada kelemahan prosedur operasi pihak syarikat berkenaan.

Pihak Richworks, dalam kenyataan itu, memberitahu mereka mengambil serius isu terbabit dan berharap penjelasan itu dapat  membantu merungkaikan kontroversi itu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI