
Ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya, di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8.50 malam tadi, ambulans berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang dari Ipoh secara tiba-tiba terbakar di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.59 malam daripada orang awam sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota mengawal kebakaran dalam masa tiga minit dan dua kakitangan hospital yang berada dalam ambulans berjaya keluar dari kenderaan serta tidak mengalami kecederaan.
"Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan. Operasi tamat pada 9.15 malam," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan