Seorang wanita dari Itali bertindak membunuh diri kerana menghadapi tekanan setelah video bogelnya viral di media sosial.
Tiziana Cantone, 31, menggantung diri di sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di Mugnano, berhampiran bandar Naples.
Cantone mengalami tekanan apabila video intimnya dikongsi bersama rakan-rakan pada 2015, lapor CNN.com.
Susulan itu, video itu dimuat naik di media sosial dan ditonton lebih sejuta kali. Video itu menjadi bahan jenaka netizen dan Cantone terus menjadi mangsa buli.
Setelah menjadi perhatian umum, dia berpindah ke Tuscany dan menukar namanya.
Dia juga berjaya mendapat perintah mahkamah di mana enjin carian diarah menghapuskan sebarang maklumat tentang video itu.
Kematian Cantone mendapat perhatian media Itali, termasuk siaran langsung majlis pengebumian Cantone.
Antara yang memberikan kenyataan ialah Perdana Menteri Itali Matteo Renzi yang berkata ia merupkan masalah budaya.
“Sebagai kerajaan, tidak banyak yang boleh kami lakukan. Ini merupakan masalah budaya – termasuk masalah sosial dan politik.
"Komitmen kami adalah untuk melakukan apa yang boleh. Keganasan terhadap wanita merupakan fenomena yang tidak dapat dihapuskan,“ kata Renzi kepada media tempatan.
Kisah Cantone turut mendapat perhatian netizen yang sedih dengan berita ini.
0 comments:
Catat Ulasan