Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

9 September 2016

MENTERI SENDIRI AKUI HARGA RUMAH DI MALAYSIA TAK MASUK AKAL!


Jumlah pendapatan isi rumah yang masih rendah dan perkembangan ekonomi yang tidak menentu punca utama rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan tersebut antaranya permintaan yang tinggi di pasaran namun pemaju menawarkan harga di luar mampu milik.

“Pemaju perlu menawarkan harga yang lebih rendah dan berpatutan dari harga pasaran sekarang supaya unit-unit rumah di kawasan bandar khususnya terjual.

“Tidak dinafikan banyak projek pembinaan rumah telah dilaksanakan bagi memastikan rakyat mempunyai kediaman namun ia seolah sia-sia ekoran kekangan daripada segi pendapatan. Contohnya gaji yang rendah sudah pasti tidak mampu membeli rumah yang ditawarkan dengan harga yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Persidangan Bandar Mampan Bertaraf Dunia (Wcsc) di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Cawangan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Chan Kin Meng dan Ketua Bahagian bagi Pengurusan Kemapanan dan Kualiti Sime Darby Property Berhad, Malaysia, Nor Azahar Md. Husain.

Kin Meng berkata, persidangan kali kelapan ini mengumpulkan barisan penceramah bertaraf antarabangsa dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura termasuk Malaysia untuk berkongsi idea-idea inovatif dan pencapaian cemerlang mereka dalam isu-isu perancangan kontemporari.

“Seramai 500 peserta yang terdiri daripada wakil sektor pembinaan, industri profesional, pemaju hartanah, pengurus bandar dan persatuan penduduk di Kuala Lumpur menghadiri persidangan itu.

“Tema tahun ini ialah ‘Ruang Bandar, Tempat Awam’ dipilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan objektif untuk perbanyakkan lagi tempat-tempat awam di bandar Kuala Lumpur melalui inisiatif seperti perkongsian awam swasta hasil kerjasama dengan penduduk di Kuala Lumpur,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI