Dakwaan kononnya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar.
Perkara ini disahkan menerusi akaun Twitter rasmi Johor Southern Tigers yang dimuat naik pada jam 4.23 petang tadi untuk menjelaskan keadaan sebenar.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa pemain JDT, Safee Sali meninggal dunia adalah tidak benar,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, paparan skrin yang mengatakan pemain JDT berusia 32 tahun itu telah meninggal dunia viral di media sosial, termasuk WhatsApp.
Berita itu kononnya terbitan sebuah akhbar tempatan yang kongsi berita itu di laman Facebook mereka.
0 comments:
Catat Ulasan