Seorang lelaki membingungkan pakar perubatan apabila berat badannya tiba-tiba meningkat mendadak mencecah 270 kilogram dalam tempoh beberapa tahun.
Keadaan itu mengakibatkan Abdul Jabbar Tunio, 39, mengalami pelbagai masalah kesihatan hingga menyebabkan dia lumpuh dan tidak boleh bercakap sejak dua bulan lalu.
Keluarga Abdul Jabbar membawa lelaki itu berjumpa ramai doktor tetapi tiada siapa yang mempunyai peralatan atau kepakaran untuk merawatnya.
Akhirnya Pusat Perubatan Pascasiswazah Jinnah di Karachi menawarkan bantuan untuk merawat Abdul Jabbar tetapi pakar masih bingung dengan keadaan lelaki itu.
Menurut keluarganya, Abdul Jabbar sebelum ini seorang yang sihat tetapi berat badannya mula meningkat mendadak ketika dia dewasa.
0 comments:
Catat Ulasan