Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 Ogos 2016

WARGA EMAS MATI TERKEJUT TONTON PERLAWANAN LEE CHONG WEI DAN LIN DAN


Warga emas maut tonton perlawanan sengit Chong Wei vs Lin Dan.

Pertembungan penuh debaran di antara Datuk Lee Chong Wei dan saingan utamanya Lin Dan dalam pertandingan separuh akhir badminton Olimpik 2016 ternyata terlalu berat untuk seorang warga emas di sini.

Dalam kejadian sekitar 8.55 malam itu, Lum Wah Long, 64 tiba-tiba rebah dan meninggal dunia di rumah adik perempuannya di Papan, malam Jumaat lalu.‎

Menurut sepupu mendiang, Bibi Lam, sepupunya itu begitu teruja menyaksikan perlawanan tersebut bersama keluarganya dan sempat berdiri serta menjerit ketika perlawanan menghampiri mata 20-20 dalam set penentuan akhir.

"Mereka sahaja yang menonton perlawanan tersebut dalam rumah. Dia (Wah Long) berdiri dan bersorak. Beberapa saat selepas itu, dia duduk lalu mengambil nafas dan terus rebah tidak sedarkan diri," katanya.

Menurut Bibi Lam, anak buahnya cuba mengejutkan mangsa dan beliau sempat membuka matanya untuk beberapa ketika sebelum kembali tidak sedarkan diri.

Katanya, pihak ambulans kemudian tiba dan memeriksa nadi mendiang sebelum mengesahkan kematiannya.

"Sepupu saya sememangnya seorang yang amat meminati sukan badminton apatah lagi dalam Olimpik Rio ini, beliau tidak akan terlepas mengikuti perlawanan beregu atau perseorangan atlet negara.

"Tapi, saya sedar mungkin perlawanan di antara Lin Dan dan Chong Wei sengit dan terlalu mengujakan untuk mendiang," ujarnya lagi.

Adik mendiang, Lum Toong Wong ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana masih sedih atas pemergian abangnya dan hanya berkata urusan pengebumian sedang diuruskan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazali ketika dihubungi mengesahkan mengenai insiden tersebut.

"Mangsa meninggal dunia ketika sedang menyaksikan perlawanan separuh akhir perseorangan dan Unit Paramedik Hospital Batu Gajah mengesahkan kematian tersebut berlaku di dalam rumah.

"Untuk perlawanan akhir(semalam) pula, tiada sebarang laporan kematian yang diterima," ujarnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata kes diklasifikasikan sebagai mati secara mengejut.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa memang ada menerima rawatan jantung sebelum ini dan beliau meninggal dunia disebabkan serangan sakit jantung," katanya
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI