SEBUAH tas tangan berharga S$14.80 (RM44.60) menjadi rebutan ramai selepas ia digunakan oleh Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Ho Ching memilih untuk menggunakan tas tangan itu ketika menemani suaminya membuat kunjungan ke White House pada 2 Ogos lalu.
Tas tangan clutch itu mempunyai reka bentuk ringkas, berwarna biru gelap dengan corak dinosaur.
Menariknya, tas tangan itu bukan dari jenama mewah, sebaliknya adalah hasil kreativiti remaja berusia 19 tahun, Sheng Jie.
Sheng merupakan salah seorang pereka di The Art Faculty by Pathlight, sebuah institusi pendidikan yang membantu mempromosikan hasil kreatif dan bakat komuniti Autisme.
Kesemua hasil daripada jualan barang-barang yang dihasilkan, akan diserahkan sepenuhnya kepada pereka terbabit.
Dek kerana promosi secara tidak langsung yang dibuat oleh Ho Ching itu, tas tangan itu kini laris dijual.
Tindakan itu dipuji rakyat Singapura dan menyifatkannya sebagai gambaran kerendahan hati wanita pertama Singapura itu.
Laporan media Singapura menyebut, Ho Ching membeli tas tangan itu ketika menghadiri satu konsert kebajikan untuk mengisi dana bagi penghidap Autisme, beberapa minggu lalu.
0 comments:
Catat Ulasan