Kumpulan Daish (IS) mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di sebuah restoran di ibu kota Bangladesh, Dhaka pada malam Jumaat yang menyaksikan pertempuran tercetus di antara pihak polis dan kumpulan penyerang.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis disahkan terbunuh dalam serangan itu.
“Anggota komando kumpulan Daish telah menyerang sebuah restoran yang sering dikunjungi warga asing di Dhaka,” menurut agensi berita Aamaq.
Kumpulan itu turut berkata seramai 20 orang terdiri dari pelbagai warga negara telah dibunuh.
Polis dan saksi berkata kumpulan bersenjata menyerbu restoran The Holey Artisan Bakery dan menjadikan pengunjung tebusan menyebabkan pertempuran tercetus dengan pihak polis dan dua anggota polis terbunuh.
0 comments:
Catat Ulasan