Gembira sungguh penghibur berimej pelik, Lady Gaga yang baharu mendapat lesen penuh memandu pada usia 30 tahun.
Terlalu teruja , Lady Gaga kelihatan seolah-olah 'bersujud' sebaik menamatkan ujian terakhirnya, pada Sabtu dalam satu imej di laman Instagram peribadinya. Perkara itu dikongsikan Lady Gaga, menerusi laman Twitternya.
Sebelum ini penyanyi itu hanya mempunyai kebenaran memandu bersama orang dewasa dan permit percubaan. Seperti orang lain juga, Lady Gaga meraikannya dengan membawa rakannya bersiar-bersiar.
Pada tahun 2012, Lady Gaga pernah memuat naik tweet secara sinis beliau diekori paparazzi ketika sedang belajar memandu.
Apa-apapun ... netizen tetap mengucapkan 'tahniah Lady Gaga'.
0 comments:
Catat Ulasan