Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

13 Jun 2016

LETUPAN DI LAPANGAN TERBANG ANGKARA KAKI JUDI


Lelaki yang bertanggungjawab dalam insiden letupan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai pada Ahad yang mencederakan lima orang termasuk dirinya, ialah seorang kaki judi yang sarat menanggung hutang.

Polis pada Isnin memberitahu, kaki judi itu sudah meyampaikan amaran bahawa dia ‘akan mengorbankan nyawa’, ke dalam aplikasi media sosial WeChat.

Zhou Xingbai, 29, seorang pekerja migran dari wilayah Guizhou, telah menghantar mesej ancaman itu pada awal pagi Ahad.

Dalam aplikasi WeChat itu, Zhou berkata dia menanggung banyak hutang, dan ‘sedia untuk melakukan tindakan gila yang mungkin akan meragut nyawa’, kata polis.

Zhou telah melontar sebuah bom buatan sendiri yang dibungkus dalam botol bir ke tiket kaunter Terminal 2 lapangan terbang berkenaan, dan kemudian mengelar lehernya sendiri selepas ledakan itu, ujar pihak berkuasa.

Reuters melaporkan, Zhou merupakan pekerja di sebuah syarikat elektronik di bandar Kunshan. Dia sedang teruk menanggung hutang akibat perjudian atas talian dan mengharap pinjaman kewangan daripada kawan-kawannya selepas kehilangan wang simpanannya.

Pada hari kejadian, dia menggunakan pengangkutan awam pada Ahad untuk ke lapangan terbang dari Kunshan.

Pihak polis yang menggeledah pangsapuri sewaannya turut menemui mercun dan bahan letupan, dan mengatakan siasatan masih dijalankan.

Bahan letupan memang mudah didapatkan di China, sebagai negara yang aktif dalam industri perlombongan dan pembuatan bunga api.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI