Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Mei 2016

TEMAN WANITA BLOGGER `RASIS` DI PENJARA


“Umum mengetahui bahawa babi adalah haram buat umat Islam dan tertuduh sebagai seorang yang terpelajar dan berpendidikan seharusnya memikirkan mengenai sensitiviti masyarakat lain terutamanya umat Islam sebelum membuat posting. Walaupun tertuduh ada membuat permohonan maaf dan ampun, namun nasi telah menjadi bubur.”

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Abdul Rashid Daud turut menyatakan hukuman yang bakal dijatuhkan olehnya hari ini adalah sebagai pengajaran kepada wakil perkhidmatan so­kongan pelanggan, Vivian Lee dan juga kepada masyarakat umum agar tidak menyalahgunakan media sosial.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan itu selepas mendapati wanita tersebut bersalah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat setelah pembelaan Vivian gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tempoh hukuman tersebut bagaimanapun kemudian telah ditolak lapan hari selepas mahkamah mengambil kira Vivian, 27, pernah dipenjarakan bermula 18 hingga 25 Jun 2013 iaitu sebelum pasangan itu dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk diikat jamin.

Mahkamah turut membenarkan permohonan tertuduh menerusi peguam bela, Chong Joo Tian untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan.

Vivian didakwa bersama-sama Alvin menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvin dan Vivian-Alvivi” iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh... wangi, enak, menyelerakan!) mengan­dungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.


Ke­salahan tersebut dilakukan pada pukul 9 pagi, 12 Julai 2013 dan pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi ketera­ngan sepanjang perbicaraan manakala Vivian yang memberi keterangan secara bersumpah tidak memanggil saksi lain. 

Sepanjang perbicaraan, Al­vin tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Amerika Sya­rikat (AS). Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Nur Faida Mohd. Rasidee. 

Terdahulu ketika mengemukakan rayuan, Joo Tian memohon agar anak guamnya dikenakan bon kelakuan baik atau denda kerana ini adalah kesalahan pertamanya, namun dibantah oleh Wan Shaharuddin. 

“Pembelaan menyatakan tiada perbalahan atau rusuhan kaum berlaku. Adakah tertuduh hendak menguji dan menunggu orang Melayu dan Cina bermusuhan hanya kerana kesalahan bodoh tertuduh? Masyarakat Cina sendiri me­ngutuk perbuatan tertuduh. Dia bukannya mempersendakan adat tetapi amalan agama orang Islam,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI