Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

5 Mei 2016

PENDUDUK KAMPUNG GEMPAR TEMUI ULAR SAWA GERGASI DENGAN 90 BIJI TELUR


Seekor ular sawa sepanjang empat meter dengan berat dianggarkan 100 kilogram berjaya  ditangkap oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Hilir Perak, semalam.

Turut ditemui 90 biji telur yang belum menetas di bawah pokok nibong di Kampung Sungai Kerang, Teluk Intan.

Pegawai Pertahanan Awam Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, tangkapan tersebut dibuat di sebuah kebun milik salah seorang penduduk kampung berkenaan.

"Kami menerima panggilan pada jam 9.20 pagi daripada ketua kampung dan bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap ular berkenaan.

"Setibanya dilokasi ular sawa tersebut sedang berlingkar di bawah pokok nibong dan anggota JPAM terpaksa mengambil masa selama 20 minit sebelum berjaya menjinakkannya," katanya kepada pemberita semalam.

Tambahnya, kewujudan ular berkenana disedari pemilik kebun lewat petang semalam ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Ketika ditangkap ular ini tidak begitu agresif dan penduduk kampung turut memaklumkan tujuh biji telur ular berkenaan telah dicuri biawak.

"Ini merupakan kes tangkapan ular sawa pertama dan terbesar bersama telurnya di Hilir Perak bagi tahun ini," katanya.

Mohd Fazly berkata, ular sawa dan telurnya akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Teluk Intan.

Sementara itu, Mohd Fazly turut memaklumkan sebanyak 78 kes tangkapan ular direkodkan oleh JPAM Hilir Perak sepanjang Januari hingga semalam di daerah ini.

"Purata tangkapan kes ular di daerah ini adalah sebanyak 19 kes setiap bulan dan ular jenis tedung merupakan yang paling banyak ditangkap memasuki rumah penduduk.

"Oleh itu, saya berharap orang awam sentiasa berhati-hati jika terserempak dengan haiwan berbisa dan segera menghubungi talian kecemasan 999," katanya.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI