Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Mei 2016

SEBAB KENAPA KFA TOLAK PERMINTAAN PENAJAAN RM30 JUTA TAUKE TERLAJAK LARIS


Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Badrol Hisham mendedahkan permintaan tanah antara punca tajaan bernilai RM 30juta D'Herbs ditolak.

D'Herbs telah meminta tanah seluas 60 hektar di Poko Sena yang bernilai jauh lebih tinggi berbanding nilai tajaan.

Selain itu, D'Herbs turut mahukan hak ke atas papan iklan di setiap daerah Kedah termasuk menempatkan patung tertenut berkaitan iklan syarikat itu.

"Tanah milik kerajaan negeri, papan iklan milik Pihak Berkuasa Tempatan manakala stadium milik pengurusan stadium," jelas Datuk Badrol yang dipetik dari laporan media tempatan.

Difahamkan, pihak D'Herbs turut tidak konsisten dalam perletakkan syarat kerana sering kali membuat perubahan.

D'Herbs telah meletakkan sejumlah 49 syarat untuk tajaan RM 30 juta sebelum ini dan sekurang-kurangnya 5 dari syarat tersebut dilihat sukar untuk dipenuhi KFA.

Walaupun tajaan RM 30juta adalah nilai yang besar namun perletakkan syarat tidak meletakkan KFA dalam 'win win situation' sekaligus menjurus kepada keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

TERKINI SIDANG MEDIA TERGEMPAR D`HERB MENJAWAB TUDUHAN YANG DI LEMPARKAN OLEH PIHAK KFA.
Klik Gambar

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI