Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Mei 2016

DATUK VIDA MAHU BELI SYARIKAT PENERBANGAN RAYANI AIR?


Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman akan mengadakan pertemuan dengan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran bagi membincangkan hasratnya untuk membeli saham syarikat penerbangan tersebut hari ini.

Dr. Vida​ Hasmiza atau lebih dikenali dengan Dr. Vida berkata, pertemuan yang akan diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur itu akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai pembelian saham syarikat penerbangan patuh syariah itu.

“Pegawai saya telah menghubungi Ravi bagi mengaturkan pertemuan tersebut dan beliau sudah bersetuju untuk bertemu.

“Selepas pertemuan itu, saya terlebih dahulu akan mengkaji potensi syarikat ini sebelum memuktamadkan keputusan sama ada membeli atau sebaliknya,” katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI